July 31, 2011

Peluang kedua ketiga keempat ke..ke..ke...

Setiap manusia layak diberi peluang andaikata beliau bersedia dan bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. terima kasih kepada pemberi peluang itu. sesungguhnya CA akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya. 

terima kasih cinta. CA mampu tersenyum lagi. terasa hidup ni ada arah tuju dan bersemangat untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat yang selama ini berdiri teguh di belakang CA selama 4 tahun pengajian di sini. Ety, Fatin, Lin, dan Ecah, kita kawan sampai mati. walau apa pun jadi, jangan sesekali memutuskan tali persahabatan ni. ok! lepas ni kita dah bawa haluan masing-masing, semoga kita dapat capai apa yang kita impikan. aku tengah sedih ni, duduk sorang-sorang kat tu29. sobs. teringat korang semua. mesti  sedang berseronok bersama keluarga tercinta. jeles.

kurang satu bulan saja lagi untuk CA merasai zaman belajar. tapi harus diingat, belajar itu perlu sentiasa, di mana jua anda berada. semoga segalanya berjalan dengan lancar. amin. 

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mohon maaf zahir batin.

July 29, 2011

Hidup bukan untuk mati tapi mati untuk hidup

Salam all. wish today will be a good day but unfortunately today was the bad day ever. I wish to die for a minute. so that I will forget about everything happen. It was so hurt. but trust me. my name is Cik Aya. I am strong. terima kenyataan walaupun perit sangat. sangat. sangat. sangat perit. the end.

I am very excited to attend an interview with a company this Tuesday. tapi CA tak tahu lah boleh buat ke tak semua tu. I am totally lost. but I will try my best to find my self back and I wish I can do it, for my self and my family.This interview will be the first interview in my life. tak sangka sangat ada yang review and berminat ngan resume CA ni. hope everything will be fine la. InsyaAllah. kalau ada rezeki dapatlah CA kerja tu. 

Yesterday was my last last n last test, which was heat transfer and this morning was my last last n last presentation as a student. tapi final ada lagi. paper final will be on 15/8 and 19/8. hope CA ada semangat untuk lakukan semua tu. hope. 

Tajuk untuk entry ni tak ada kaitan pun sebenarnya. just satu petikan ayat dari drama Stanza Cinta. terfikir untuk mati daripada hadapi semua ni. tapi kita orang Islam, ada Iman. Teguhkan iman CA, u can do it. mati bawak dosa masuk kubur buat apa? berfikir sejenak. muhasabah diri. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang telah berlaku pada hari ni bermakna pada yang berkenaan dan akan mendatangkan manfaat serta kebahagiaan. 

July 7, 2011

Dinamik

hello everybody. everybody loves Raymond. haha 

hurm. today I have to struggle for my final exam for dynamics which is tomorrow. even sedikit hilang tumpuan dan semangat, but still I have to study to upgrade my result. berdiri atas kaki sendiri, u can do it CA! malam esok CA plan nak pulang ke pangkuan family tercinta. I have been bored to live here, anymore. nak balik hirup udara segar kat kampung halaman, doing some activities with my lovely siblings. oh, I miss them damn much! Since I currently dah tak aktif bermuka buku, so blog ini la mangsa untuk CA luahkan segala. 

that's all. mau study maaa...

dadaaaa!

July 5, 2011

Mencari Redha

Assalamualaikum dan selamat hari selasa. 


wah...sudah lama tidak menaip. takde feel nak menaip n takde idea nak menaip pasal ape. CA bukanlah seorang yang minat akan tulisan-tulisan dan buku-buku. sebab tu lah subjek yang baca-baca semua tak pernah nak dapat A! sedangkan orang cakap subjek macam tu lah yang senang nak skor. but for me, it was soooo difficult ok! titik. ade kurangnya jugak kalau tak minat membaca ni. tak tahu ape perkembangan semasa n bila nak exam subjek baca-baca je pegang nota sambil baring konon nak menghafal la kan. haaa hafal dalam mimpi jela. I am bad at reading n remembering but CA ade kelebihan yang lain (ape yang lebih entah). tapi memang dah cantik Tuhan cipta manusia ni. ada lebih dan ada kurang. kalau asek lebih jeee, boring jugak kan. kena ada kurang baru la adventure sikit life ni. tak la semua manusia sama aje. wah, panjang pulak intronya. 


pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. cuma tinggal lebih kurang sebulan saje CA nak tamatkan riwayat Ijazah Sarjana Muda ni. tak tahu nak rasa ape. sedih ke, bangga ke, happy ke, takut ke. semua ada. happy sebab dah tak payah nak belajar lagi. takut nak bekerja nanti (keje apa entah nanti). sedih nak berpisah ngan kawan-kawan seangkatan serta sekutu-sekutu. bangga sebab akhirnya dapat juga genggam segulung ijazah (cewah, belum lagi ok). 

currently, I am a student, still. and I am also a job seeker! CA kena dapatkan keje as soon as possible lepas habis belajar ni. yela, nanti nak konvo nak la grand². huhu nak la ajak family berkampung kat Melaka ni, cuti-cuti Malaysia. but, still I have to struggle for my last semester ni. CA tak boleh putus asa, walaupun dapat markah test ciput je, tak semestinya CA tak lulus. final exam kan ada lagi. kn3??? yang penting usaha. usaha tangga kejayaan. jangan pernah putus asa! tetiba sebak. sebak sebab CA bukanlah sorang yang kuat semangat macam tu. :( how bad am I. menangis tu memang hobi la kan. tak dapat jawab test, menangis. rindu kampung halaman, menangis. marah tersangat pn, menangis. gaduh dgn teeeet pn, menangis. kecik hati dgn kawan-kawan pn, menangis. Hobi saya adalah menangis. harap maklum. menangis boleh buat CA tenang. seolah-olah air mata yang keluar tu bawak keluar rasa sedih, rasa marah, rasa kecewa tu. dengar Encik BBF membebel pun boleh buat CA calm. solat lebih lagi. mengadu segala-gala pada Yang Maha Esa memberikan satu kepuasan dan ketenangan yang tersangat. mengadu seolah Dia ada depan mata kita, Dia mendengar setiap apa yang kita cerita. Dia pendengar yang paling setia dan dari-Nya kita datang, pada-Nya kita pulang. CA sedang mencuba untuk meredhakan sesuatu yang bukan milik CA, menerimanya dengan hati yang terbuka. sungguh susah untuk redha dalam setiap apa yang berlaku. tapi redha itu perlu.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Masih ada sesuatu yang belum terlaksana. 

Wassalam.