November 24, 2012

Ladies, Let's SOCKS UP!

Assalamualaikum dan Salam 10 Muharram...

Alhamdulillah, SubhanaAllah, kita masih diberi peluang tuk hidup di bumi Allah ini.

Hari ni CA nak berkempen. Kalau yang lepas-lepas, blogger duk kempen "Wear it Right" yang boleh dibaca di sini atau kat sini. So sekarang CA suka nak ingatkan kepada kaum hawa sekalian to SOCKS UP! Aurat kita sebagai kaum hawa ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. So kaki kita ni aurat lah, tak boleh ditunjuk kepada lelaki yg ajnabi. jom kita layan video UAI dulu se'round'.


ok...faham saudariku sekalian? suka CA nak seru semua sahabat-sahabat sekalian untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna, COVER YOUR CHEST, COVER YOUR BUTT AND COVER YOUR FEET!

CA bukanlah seorang yg alim lagi baik lagi mulia, tapi benda baik macam ni elok la dikongsikan bersama. ye dok? tak susah pun nak cover kaki tu. kalau beli sarung kaki, RM2.90 sepasang, kalau boleh beli product make-up berpuluh-puluh RM, why not buying a pair of socks which cost u just about RM3.00. right? Otherwise kalau tak nak pakai sarung kaki pun tak pe, janji tutup aurat, macam yg UAI kata dalam video kat atas tu la. ok ladies? 

CA akui la, memang pada mulanya agak janggal and kawan-kawan, saudara-mara pun ada duk mengata, tapi pedulikan apa orang kata as long as benda yang kita buat ni betul, tak langgar hukum agama malah dituntut lagi dalam Islam. So jangan takut dikata kolot, takutlah pada azab Allah S.W.T.

Sentiasalah mohon keampunan dariNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wallahu A'lam.




November 17, 2012

Salam Muharram 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W



Mungkin belum terlambat untuk CA ucap selamat tahun baru kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah. Kita sudah pun melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah. Apa agaknya azam kita pada tahun baru ni ye?

Lame sangat tak menulis. kekok rasanya. macam-macam perkara sudah berlalu. Syukur Alhamdulillah yg tak terhingga pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan cahaya bagi rumah CA yg selama ni malap, gelap gelita.

Azam CA untuk tahun baru ni adalah CA nak jadi seorang muslimah yg lebih baik, cantik di sisi Allah. In Shaa Allah. Semoga Allah tetapkan hati CA serta dipelihara iman.

Tersentuh tersangat ketika baca doa akhir tahun tempoh hari yang bermaksud;

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau  redhainya da Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ka atas mereka."

Amin ya Rabbal Alamin....

Muhasabah diri, bertaubat jika menyedari diri berbuat dosa dan terus memohon keampunan dariNya tanpa putus. In Shaa Allah. Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat pun. hanya kita yang sering kali melupakanNya. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434 Hijrah.

:)

November 11, 2012

Anugerah Terindah

kita...adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa. alhamdulillah. syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Mu ya Allah.