April 18, 2011

"Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian dari Iman" (HR Abu Daud)

Maka belajarlah untuk bersederhana dalam semua hal. 

April 13, 2011

SAYS.my

I am currently addicted to SAYS.my! haha hari² duk depan laptop promot link kat kawan². nak tau sebabnya kenapa? sebab SAYS.my sekarang tengah hangat mengagihkan hadiah sempena hari jadi SAYS.my yang ke-3. hadiah² yang ditawarkan memang cukup menarik! kalau tak caya, klik sini. macam² ada wa cakap lu. di antaranya:

  • RM500 Zara shopping spree
  • RM500 MNG shopping spree
  • RM500 Cotton On shopping spree
  • Canon SLR EOS 600D
  • 11" Macbook Air
  • RM50 Starbucks Voucher
  • Kingston 8G Thumb Drive
  • RM100 Jusco Shopping Voucher
  • dan banyak lagi lah! xlarat nak tulis satu².huhu 
Camane nak join? haaa...meh sini cek nak habaq kat hampa. 
  1. Pergi kat sini untuk register.
  2. Kemudian klik sign into SAYS.my iaitu daftar masuk menggunakan akaun facebook anda.
  3. Then korang follow je arahan.
  4. Untuk share kempen, klik REWARDS dan anda boleh la share link tu kat facebook atau emel kat kawan² atau seperti yang tertera kat page tu lah senang cita.
One more awesome prize that I forgot to mention which is RM1000 cash from Maybank to whom sharing the campaign of Things you didn't know about your Maybankard. tetapi, hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk tuan² dan puan² rebut hadiah yang lumayan ini. cepat², lambat tak dapat!

Hari ni merupakan hari ke-8 SAYS.my ni bagi hadiah. Tapi CA tak de rezeki lagi kot. huhu hope menang la pape pun. hehe untuk membolehkan CA menang, korang kenala bantu CA dengan klik semua iklan² kat bawah ni. ok? tapi kalau tak nak pun takpa, CA tak paksa ok.


Alang² klik tu korang baca lah ye. amek info sikit. but uols must remember that everyday is new beginning. okeh! Selamat mencuba. daaaa... :)

April 5, 2011

PSM=DONE! TEST=COMING! FINAL=WELCOME!


Alhamdulillah bersyukur pada yang ESA, my PSM was successfully done and for the first time, I am proud of myself because I am the only presenter that got credit and "ini adalah contoh laporan terbaik" from panel. ok. faham tak maksud ayat tu?haha memang CA dapat pujian yang melambung² sampai naik kembang lobang hidung ni. keh keh keh. tak tahu lah kan kalau panel tu memang suka CA dari CA belajau Measurement n Instrumentation dengan beliau dari semester lepas lagi kan sebab kan CA tanyakan soalan kan paling basic kan. hahaha. dah tak tahu tanya la kan. kalau tak tanya tak tahu pulak kan. kan kan kan. Ok, merapu. Actually I'm not done yet with my PSM sbb belum berjilid n belum disemak oleh penyelia lagi. nak setel cepat² lah pasal PSM ni. nanti nak fokus final pulak.

Minggu ni CA ada 2 test, Etika Kejuruteraan (Khamis) dan Mekanik Pepejal 3 (Jumaat) serta kuiz Getaran Mekanikal (Rabu). Jadual final exam pn dah kua seperti berikut:

click to enlarge


ok. agak padat tapi CA cuba buat yang terbaik untuk family tercinta. Lepas habis final CA ada semester khas di mana semua pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal wajib hadir supaya ijazah diiktiraf. kalau tak ada semester khas ni, bulan 5 CA dah habis belajau, dah boleh kerja dah, tahu tak???! tapi, sabau jela. ini takdir CA. CA kena tempuhi semua ni dengan harapan dapat lah CA grad dengan cemerlang seterusnya mendapat pekerjaan yang diinginkan secepat mungkin! huhu

that's all for today. nnt ada masa CA tulis lagi. life is beautiful.



March 5, 2011

Rindukan kampung halaman.

Yup...CA rindu nak balik kampung. Hampir sebulan CA di bumi Melaka ni, dah tiba masanya untuk menjenguk kampung halaman. Tak suka perasaan ni. Sayu. Pilu. Sedih tersangatlah. Menangis dah puas. hurm...

Rindu nak bersantai di pantai. Rindu nak bergelak ketawa bergusti bersama adik², kakak², abang². Rindu nak beli-belah bersama bonda. Rindu nak bancuh kopi untuk ayahanda. Rindu nak bergosip²an bersama saudara mara. Rindu nak menjenguk atuk nenek. Apa khabar agaknya mereka²?

Tanggal 12 March, si kakak mahu melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati beliau. Semoga majlis berjalan dgn lancar dan tunggu kepulangan CA! Tak sabar rasanya mahu berkumpul bersama keluarga. Arghhh. Rindu tersangat.


March 4, 2011

i wish i don't have to face You (tomorrow), if i can't meet You (future), it's not good to see You (today), but i'll always miss You (yesterday).





I Lost You

February 25, 2011

"H i d u p  t a k  s e l a l u n y a  i n d a h , 
 l a n g i t  t a k  s e l a l u  c e r a h"

ok, I hate this part right here.

February 23, 2011

Terima kasih Fatin, Lin, Ecah dan Ety...

Terharu sehingga tertitisnya air mata. Terima kasih housemate CA sekalian. Thanks for the cute green single fitted sheet set. They knew how much i love green! nnt tuk hadiah kawen i, u all kasi yang king size punye tau, n the color must be green also..hehe no matter how much the price of the present, the friendship is more valuable. thank you for the gift of this friendship. I love u all.
this pic is kind of blur. huhu green is beautiful.ok!


Terharu tersangat sbb Lin cakap "terima kasih aya sbb jadi kawan aku". Touching gilos, sampai nangis then berjangkit pulak nangis tu kat ety n lin. sori ye kengkawan, aku wat korang nangis jugak. Di sini CA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd housemate tersayang, dah lebih kurang 3 tahun kita bersama menjalani suka duka hidup kita di Melaka ni, banyak kenangan manis, pahit, masin, payau sume ade. Korang la sahabat CA sampai bila². Nanti kawen jemput tau! Kalau ikut susunan, Lin kawen dulu, then ety, then CA, then Fatin, n last sekali ofcos la adik bongsu Cik Ecah.

Kawan², maafkan CA kalau ada yang terkurang dan halalkan yang terlebih ok. Semoga kawan² sekalian berjaya dalam hidup dan berbahagia bersama yang tersayang. Sama² kita berusaha tuk siapkan PSM dan tempuhi hari² terakhir sebagai seorang pelajar berdedikasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Cewah...

CA sayang korang semua!
friends forever :)




p/s: ety,lin, dan ecah, sila belajar utk test tekno bahan esok, gud luck! :p