July 5, 2011

Mencari Redha

Assalamualaikum dan selamat hari selasa. 


wah...sudah lama tidak menaip. takde feel nak menaip n takde idea nak menaip pasal ape. CA bukanlah seorang yang minat akan tulisan-tulisan dan buku-buku. sebab tu lah subjek yang baca-baca semua tak pernah nak dapat A! sedangkan orang cakap subjek macam tu lah yang senang nak skor. but for me, it was soooo difficult ok! titik. ade kurangnya jugak kalau tak minat membaca ni. tak tahu ape perkembangan semasa n bila nak exam subjek baca-baca je pegang nota sambil baring konon nak menghafal la kan. haaa hafal dalam mimpi jela. I am bad at reading n remembering but CA ade kelebihan yang lain (ape yang lebih entah). tapi memang dah cantik Tuhan cipta manusia ni. ada lebih dan ada kurang. kalau asek lebih jeee, boring jugak kan. kena ada kurang baru la adventure sikit life ni. tak la semua manusia sama aje. wah, panjang pulak intronya. 


pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. cuma tinggal lebih kurang sebulan saje CA nak tamatkan riwayat Ijazah Sarjana Muda ni. tak tahu nak rasa ape. sedih ke, bangga ke, happy ke, takut ke. semua ada. happy sebab dah tak payah nak belajar lagi. takut nak bekerja nanti (keje apa entah nanti). sedih nak berpisah ngan kawan-kawan seangkatan serta sekutu-sekutu. bangga sebab akhirnya dapat juga genggam segulung ijazah (cewah, belum lagi ok). 

currently, I am a student, still. and I am also a job seeker! CA kena dapatkan keje as soon as possible lepas habis belajar ni. yela, nanti nak konvo nak la grand². huhu nak la ajak family berkampung kat Melaka ni, cuti-cuti Malaysia. but, still I have to struggle for my last semester ni. CA tak boleh putus asa, walaupun dapat markah test ciput je, tak semestinya CA tak lulus. final exam kan ada lagi. kn3??? yang penting usaha. usaha tangga kejayaan. jangan pernah putus asa! tetiba sebak. sebak sebab CA bukanlah sorang yang kuat semangat macam tu. :( how bad am I. menangis tu memang hobi la kan. tak dapat jawab test, menangis. rindu kampung halaman, menangis. marah tersangat pn, menangis. gaduh dgn teeeet pn, menangis. kecik hati dgn kawan-kawan pn, menangis. Hobi saya adalah menangis. harap maklum. menangis boleh buat CA tenang. seolah-olah air mata yang keluar tu bawak keluar rasa sedih, rasa marah, rasa kecewa tu. dengar Encik BBF membebel pun boleh buat CA calm. solat lebih lagi. mengadu segala-gala pada Yang Maha Esa memberikan satu kepuasan dan ketenangan yang tersangat. mengadu seolah Dia ada depan mata kita, Dia mendengar setiap apa yang kita cerita. Dia pendengar yang paling setia dan dari-Nya kita datang, pada-Nya kita pulang. CA sedang mencuba untuk meredhakan sesuatu yang bukan milik CA, menerimanya dengan hati yang terbuka. sungguh susah untuk redha dalam setiap apa yang berlaku. tapi redha itu perlu.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Masih ada sesuatu yang belum terlaksana. 

Wassalam.




No comments:

Post a Comment