November 17, 2012

Salam Muharram 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W



Mungkin belum terlambat untuk CA ucap selamat tahun baru kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah. Kita sudah pun melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah. Apa agaknya azam kita pada tahun baru ni ye?

Lame sangat tak menulis. kekok rasanya. macam-macam perkara sudah berlalu. Syukur Alhamdulillah yg tak terhingga pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan cahaya bagi rumah CA yg selama ni malap, gelap gelita.

Azam CA untuk tahun baru ni adalah CA nak jadi seorang muslimah yg lebih baik, cantik di sisi Allah. In Shaa Allah. Semoga Allah tetapkan hati CA serta dipelihara iman.

Tersentuh tersangat ketika baca doa akhir tahun tempoh hari yang bermaksud;

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau  redhainya da Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ka atas mereka."

Amin ya Rabbal Alamin....

Muhasabah diri, bertaubat jika menyedari diri berbuat dosa dan terus memohon keampunan dariNya tanpa putus. In Shaa Allah. Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat pun. hanya kita yang sering kali melupakanNya. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434 Hijrah.

:)

No comments:

Post a Comment