July 7, 2011

Dinamik

hello everybody. everybody loves Raymond. haha 

hurm. today I have to struggle for my final exam for dynamics which is tomorrow. even sedikit hilang tumpuan dan semangat, but still I have to study to upgrade my result. berdiri atas kaki sendiri, u can do it CA! malam esok CA plan nak pulang ke pangkuan family tercinta. I have been bored to live here, anymore. nak balik hirup udara segar kat kampung halaman, doing some activities with my lovely siblings. oh, I miss them damn much! Since I currently dah tak aktif bermuka buku, so blog ini la mangsa untuk CA luahkan segala. 

that's all. mau study maaa...

dadaaaa!

July 5, 2011

Mencari Redha

Assalamualaikum dan selamat hari selasa. 


wah...sudah lama tidak menaip. takde feel nak menaip n takde idea nak menaip pasal ape. CA bukanlah seorang yang minat akan tulisan-tulisan dan buku-buku. sebab tu lah subjek yang baca-baca semua tak pernah nak dapat A! sedangkan orang cakap subjek macam tu lah yang senang nak skor. but for me, it was soooo difficult ok! titik. ade kurangnya jugak kalau tak minat membaca ni. tak tahu ape perkembangan semasa n bila nak exam subjek baca-baca je pegang nota sambil baring konon nak menghafal la kan. haaa hafal dalam mimpi jela. I am bad at reading n remembering but CA ade kelebihan yang lain (ape yang lebih entah). tapi memang dah cantik Tuhan cipta manusia ni. ada lebih dan ada kurang. kalau asek lebih jeee, boring jugak kan. kena ada kurang baru la adventure sikit life ni. tak la semua manusia sama aje. wah, panjang pulak intronya. 


pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. cuma tinggal lebih kurang sebulan saje CA nak tamatkan riwayat Ijazah Sarjana Muda ni. tak tahu nak rasa ape. sedih ke, bangga ke, happy ke, takut ke. semua ada. happy sebab dah tak payah nak belajar lagi. takut nak bekerja nanti (keje apa entah nanti). sedih nak berpisah ngan kawan-kawan seangkatan serta sekutu-sekutu. bangga sebab akhirnya dapat juga genggam segulung ijazah (cewah, belum lagi ok). 

currently, I am a student, still. and I am also a job seeker! CA kena dapatkan keje as soon as possible lepas habis belajar ni. yela, nanti nak konvo nak la grand². huhu nak la ajak family berkampung kat Melaka ni, cuti-cuti Malaysia. but, still I have to struggle for my last semester ni. CA tak boleh putus asa, walaupun dapat markah test ciput je, tak semestinya CA tak lulus. final exam kan ada lagi. kn3??? yang penting usaha. usaha tangga kejayaan. jangan pernah putus asa! tetiba sebak. sebak sebab CA bukanlah sorang yang kuat semangat macam tu. :( how bad am I. menangis tu memang hobi la kan. tak dapat jawab test, menangis. rindu kampung halaman, menangis. marah tersangat pn, menangis. gaduh dgn teeeet pn, menangis. kecik hati dgn kawan-kawan pn, menangis. Hobi saya adalah menangis. harap maklum. menangis boleh buat CA tenang. seolah-olah air mata yang keluar tu bawak keluar rasa sedih, rasa marah, rasa kecewa tu. dengar Encik BBF membebel pun boleh buat CA calm. solat lebih lagi. mengadu segala-gala pada Yang Maha Esa memberikan satu kepuasan dan ketenangan yang tersangat. mengadu seolah Dia ada depan mata kita, Dia mendengar setiap apa yang kita cerita. Dia pendengar yang paling setia dan dari-Nya kita datang, pada-Nya kita pulang. CA sedang mencuba untuk meredhakan sesuatu yang bukan milik CA, menerimanya dengan hati yang terbuka. sungguh susah untuk redha dalam setiap apa yang berlaku. tapi redha itu perlu.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Masih ada sesuatu yang belum terlaksana. 

Wassalam.




June 17, 2011

Aku perlukan-Mu

Dugaan datang dan pergi. Aku tahu kau kuat, sama macam aku. Kau sabar ye hati. Mata, kau jangan nangis. Kau pun kuat macam aku kan? Aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Aku tahu berdikari. Aku cuma perlu sokongan keluarga dan redha dari Tuhan. Aku tahu Tuhan setia bersama aku. Aku yg sering kali lupa akan-Nya. Terima kasih Ya Allah. Kurniakan lah yg terbaik untuk ku dan kedua ibu bapa ku. Cekalkan hatiku, tabahkan hatiku. Redhai aku menuju ke jalan-Mu.

May 23, 2011

Tunang dan Kahwin

Alhamdulillah....dh ramai kawan-kawan dan saudara-mara CA yg nk kahwin n tunang. CA tumpang berbahagia. jeles pun ada. tapi apakan daya. huhu belum tiba masanya. rezeki masing-masing, jodoh masing-masing. Maklumlah semua kawan-kawan yg satu batch dgn CA kan dah habis belajar, so kahwin la kan. buat apa tunggu lama-lama lagi. dah mampu tu, kahwin la cepat-cepat. kahwin ni satu ibadah. Dikesempatan ini CA mengucapkan Selamat Berbahagia kpd saudara-mara dan kawan-kawan yg bertunang dan berkahwin pada musim cuti sekolah ini. tak lupa jgk buat kakak tersayang yg bakal diijab kabulkan pada 3hb Jun ini. Selamat Pengantin Baru! tak sabar mahu berkenduri-kendara bertemu sahabat, saudara-mara dan jiran tetangga.

have a nice day! :)

April 18, 2011

"Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian dari Iman" (HR Abu Daud)

Maka belajarlah untuk bersederhana dalam semua hal. 

April 13, 2011

SAYS.my

I am currently addicted to SAYS.my! haha hari² duk depan laptop promot link kat kawan². nak tau sebabnya kenapa? sebab SAYS.my sekarang tengah hangat mengagihkan hadiah sempena hari jadi SAYS.my yang ke-3. hadiah² yang ditawarkan memang cukup menarik! kalau tak caya, klik sini. macam² ada wa cakap lu. di antaranya:

  • RM500 Zara shopping spree
  • RM500 MNG shopping spree
  • RM500 Cotton On shopping spree
  • Canon SLR EOS 600D
  • 11" Macbook Air
  • RM50 Starbucks Voucher
  • Kingston 8G Thumb Drive
  • RM100 Jusco Shopping Voucher
  • dan banyak lagi lah! xlarat nak tulis satu².huhu 
Camane nak join? haaa...meh sini cek nak habaq kat hampa. 
  1. Pergi kat sini untuk register.
  2. Kemudian klik sign into SAYS.my iaitu daftar masuk menggunakan akaun facebook anda.
  3. Then korang follow je arahan.
  4. Untuk share kempen, klik REWARDS dan anda boleh la share link tu kat facebook atau emel kat kawan² atau seperti yang tertera kat page tu lah senang cita.
One more awesome prize that I forgot to mention which is RM1000 cash from Maybank to whom sharing the campaign of Things you didn't know about your Maybankard. tetapi, hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk tuan² dan puan² rebut hadiah yang lumayan ini. cepat², lambat tak dapat!

Hari ni merupakan hari ke-8 SAYS.my ni bagi hadiah. Tapi CA tak de rezeki lagi kot. huhu hope menang la pape pun. hehe untuk membolehkan CA menang, korang kenala bantu CA dengan klik semua iklan² kat bawah ni. ok? tapi kalau tak nak pun takpa, CA tak paksa ok.


Alang² klik tu korang baca lah ye. amek info sikit. but uols must remember that everyday is new beginning. okeh! Selamat mencuba. daaaa... :)

April 5, 2011

PSM=DONE! TEST=COMING! FINAL=WELCOME!


Alhamdulillah bersyukur pada yang ESA, my PSM was successfully done and for the first time, I am proud of myself because I am the only presenter that got credit and "ini adalah contoh laporan terbaik" from panel. ok. faham tak maksud ayat tu?haha memang CA dapat pujian yang melambung² sampai naik kembang lobang hidung ni. keh keh keh. tak tahu lah kan kalau panel tu memang suka CA dari CA belajau Measurement n Instrumentation dengan beliau dari semester lepas lagi kan sebab kan CA tanyakan soalan kan paling basic kan. hahaha. dah tak tahu tanya la kan. kalau tak tanya tak tahu pulak kan. kan kan kan. Ok, merapu. Actually I'm not done yet with my PSM sbb belum berjilid n belum disemak oleh penyelia lagi. nak setel cepat² lah pasal PSM ni. nanti nak fokus final pulak.

Minggu ni CA ada 2 test, Etika Kejuruteraan (Khamis) dan Mekanik Pepejal 3 (Jumaat) serta kuiz Getaran Mekanikal (Rabu). Jadual final exam pn dah kua seperti berikut:

click to enlarge


ok. agak padat tapi CA cuba buat yang terbaik untuk family tercinta. Lepas habis final CA ada semester khas di mana semua pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal wajib hadir supaya ijazah diiktiraf. kalau tak ada semester khas ni, bulan 5 CA dah habis belajau, dah boleh kerja dah, tahu tak???! tapi, sabau jela. ini takdir CA. CA kena tempuhi semua ni dengan harapan dapat lah CA grad dengan cemerlang seterusnya mendapat pekerjaan yang diinginkan secepat mungkin! huhu

that's all for today. nnt ada masa CA tulis lagi. life is beautiful.