December 14, 2010

Hohoho balik kampung!

Pejam celik pejam celik pejam celik......... esok dh nak balik kampung. Berbunga-bunga rasanya hati ni. Gembira tak terhingga. Mahu bertemu keluarga tercinta dan tak lupa cinta hati saya. Rindu!

Malam esok Cik Aya akan berangkat pulang ke kampung halaman. Doakan Cik Aya selamat sampai ok! :)

Dalam kepala ni asyik duk fikir2 je apakah aktiviti untuk 2 minggu di kampung halaman nanti. Kebiasaannya, pada cuti semester camni Cik Aya akan:


  1. Teman my beloved mother shopping. Mydin & Giant favorite beliau sebab tu je yang gah sikit kat Bandaraya Warisan Pesisir Air ni.
  2. Dating! :) I like...hehe dah lama tak jumpa kekasih hati saya, rindu Mr. Sweetheart sangat2! And his birthday is coming soon, hurm....I'm planning something!
  3. Berkunjung ke rumah sanak saudara bertanya khabar mengeratkan silaturahim.
  4. Ber'picnic' bersama family tercinta sampai 3,4 buah kereta. I have a big family. Usually kat pantai or Sekayu waterfall.
  5. Every night before dibuai mimpi, Cik Aya akan pillow talk bersama adik2. Gosip2 gitu.
  6. Layankan anak buah. Cik Aya mempunyai 6 orang nephew, huru hara rumah opah diorang kalau semua datang. Sangat2 meriah. Thats why lah Cik Aya sukeeeee sangat balik kampung! :)
  7. Jumpa kawan2 sekolah. Hurm, Cik Aya dapat invitation ke reunion geng2 sekolah rendah. Tak tahu lagi dapat join ke tak. Hope dapat join, so takde la kawan2 nak kata Cik Aya ni sombong kan?
  8. Kalau takde ape2 aktiviti, Cik Aya akan lepak je kat rumah layan cita kat TV bersama keluarga tercinta.
haaa...banyak aktiviti Cik Aya kat kampung halaman kan? Walaupun penat nak layankan karenah semua orang, Cik Aya sangat gembira, bahagia, berpuas hati dan bersyukur pada Allah kerana dikurniakan segala kurniaanNya pada Cik Aya. Hargai lah masa anda bersama yang tersayang. Senangkan lah hati mereka selagi kita mampu. 

Semakin hari semakin sayang. :)


No comments:

Post a Comment