January 17, 2011

tak tahu adik tak tahu

tak tahu...tak tahu..tak tahu...

Ni lah ayat paling best dan paling disukai CA (cik aya). Kekadang bengang gak EK (encik kekasih) nak melayan. Sebenarnya ni jawapan orang² yang malas nak berfikir ataupun dah malas nak melayan sesuatu perbincangan. Kekadang perkataan "tak tahu" ni jugak boleh mengundang pergaduhan manja di kalangan pasangan kekasih kerana apabila si pasangan memerlukan jawapan kepada pertanyaan tetapi dibalas dengan "tak tahu", perghhhh...hangin satu badan wooo. Kalau sekali dua takpe la, ni sampai setiap soalan pun nak jawab "tak tahu", ape kes?

BF: syg nak makan katne?
GF: tak tahu
BF: nak makan ape?
GF: tak tahu
BF: makan mcd nak?
GF: urmm..ntah..(lain sikit bunyi tapi sama maksud)
BF: tak yah makan lah! (mula naik angin)
GF: ..... (diam. merajuk pastu mulut tu muncung sampai 4 inci)

Nasihat CA untuk pasangan² bercinta ataupun dah kawen, jangan la ambil mudah benda yang remeh camni oke! Jangan biarkan pasangan kita saja yang membuat keputusan, baik si jejaka ataupun si gadis kerana lama kelamaan beliau akan merasa "fed up" dengan semua itu. Bertolak ansur dan bertoleransilah dengan pasangan anda agar perhubungan sentiasa dilimpahi dengan gelak tawa gurau senda senyum bahagia. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment