January 30, 2011

Home Alone

Oh yeah...boleh korang imagine tak camana CA rasa bila kena tukar tiket balik kampung yang asalnya ditetapkan pada tanggal 28hb Jan kepada 1hb Feb???OMG. Tuhan saja yang tahu. hurm.....dah tu, tinggal sorang² macam nak gila pn ada. masak makan tidur nangis sorang² je. sedih sangat². tak dapat nak digambarkan. tetapi, kerana PSM! CA sanggup berkorban apa saja, tapi tiba² lak si technician tu wat hal tak kasi guna mesin, haram J betol. dah tu hari isnin dia cuti pulak, so kena jumpa hari selasa. bukan untuk guna mesin tetapi untuk isi borang tu isi borang ni. mane tak hangin satu badan CA ni? haihhh..macam². CA fikir, balik lambat korbankan masa cuti untuk run eksperimen PSM, tapi hampeh.


Bila duk rumah sorang² pulak, malas nak masak, malas nak kua beli makan, malas nak mandi, malas segala²nya lah. masak pun main campak² je, so jadilah mee goreng pedas tahap cipan dan bubur masin tahap gaban. nak tak nak telan jela. 


Dah berliter² agaknya air mata di'produce'kan oleh mata sepet CA ni. kalau ditadah agaknya dah boleh bagi kat Sultan Mahmud sebagai hantaran buat meminang Puteri Gunung Ledang. honestly, sedih sangat tinggal sorang². bersyukurlah anda yang punya nikmat bersama keluarga, teman² mahupun kekasih. 


EK pulak, sentiasa bersabar dengan karenah CA yang manja keledek ni. Tapi kadang² dimarahnya jugak CA ni. huhu... padan muka kau CA! tapi.....bukan ku pinta jadi begini.. :( ni kelemahan CA, CA nak wat camana kan. jarang sangat kita dengar yang anak perempuan ni tak ada perasan 'homesick' bila berjauhan dari keluarga. betul tak? hurm...teruskan bersabar ye EK. I love u n I am sorry. 


Pastu tengok pulak status kawan² kat muka buku, semuanya sedang happy² kat kampung halaman bersama keluarga tercinta. mana tak meleleh air jernih ni??? huh. tengok la nanti, bila CA dah balik kampung, satu dunia CA nak kabarkan! dah sebulan tak menjenguk kampung halaman, rindu sesangat kat bonda ayahanda adinda kekanda semua. tambahan pula EK juga di kampung halaman. air jernih mengalir lagi. arghhh! cukup!!!! 

No comments:

Post a Comment