November 24, 2012

Ladies, Let's SOCKS UP!

Assalamualaikum dan Salam 10 Muharram...

Alhamdulillah, SubhanaAllah, kita masih diberi peluang tuk hidup di bumi Allah ini.

Hari ni CA nak berkempen. Kalau yang lepas-lepas, blogger duk kempen "Wear it Right" yang boleh dibaca di sini atau kat sini. So sekarang CA suka nak ingatkan kepada kaum hawa sekalian to SOCKS UP! Aurat kita sebagai kaum hawa ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. So kaki kita ni aurat lah, tak boleh ditunjuk kepada lelaki yg ajnabi. jom kita layan video UAI dulu se'round'.


ok...faham saudariku sekalian? suka CA nak seru semua sahabat-sahabat sekalian untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna, COVER YOUR CHEST, COVER YOUR BUTT AND COVER YOUR FEET!

CA bukanlah seorang yg alim lagi baik lagi mulia, tapi benda baik macam ni elok la dikongsikan bersama. ye dok? tak susah pun nak cover kaki tu. kalau beli sarung kaki, RM2.90 sepasang, kalau boleh beli product make-up berpuluh-puluh RM, why not buying a pair of socks which cost u just about RM3.00. right? Otherwise kalau tak nak pakai sarung kaki pun tak pe, janji tutup aurat, macam yg UAI kata dalam video kat atas tu la. ok ladies? 

CA akui la, memang pada mulanya agak janggal and kawan-kawan, saudara-mara pun ada duk mengata, tapi pedulikan apa orang kata as long as benda yang kita buat ni betul, tak langgar hukum agama malah dituntut lagi dalam Islam. So jangan takut dikata kolot, takutlah pada azab Allah S.W.T.

Sentiasalah mohon keampunan dariNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wallahu A'lam.




November 17, 2012

Salam Muharram 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W



Mungkin belum terlambat untuk CA ucap selamat tahun baru kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah. Kita sudah pun melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah. Apa agaknya azam kita pada tahun baru ni ye?

Lame sangat tak menulis. kekok rasanya. macam-macam perkara sudah berlalu. Syukur Alhamdulillah yg tak terhingga pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan cahaya bagi rumah CA yg selama ni malap, gelap gelita.

Azam CA untuk tahun baru ni adalah CA nak jadi seorang muslimah yg lebih baik, cantik di sisi Allah. In Shaa Allah. Semoga Allah tetapkan hati CA serta dipelihara iman.

Tersentuh tersangat ketika baca doa akhir tahun tempoh hari yang bermaksud;

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau  redhainya da Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ka atas mereka."

Amin ya Rabbal Alamin....

Muhasabah diri, bertaubat jika menyedari diri berbuat dosa dan terus memohon keampunan dariNya tanpa putus. In Shaa Allah. Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat pun. hanya kita yang sering kali melupakanNya. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434 Hijrah.

:)

November 11, 2012

Anugerah Terindah

kita...adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa. alhamdulillah. syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Mu ya Allah.

May 22, 2012

Tujuh Bulan Berlalu

Assalamualaikum...wah, lame tak update belog.. sedar tak sedar dah tujuh bulan CA bergelar seorang Engineer. macam tak percaya je. rasa nak lempang pipi laju². haha tapi tu la hakikatnya. I am an Engineer. walaupun masa kecik² dulu tak pernah ada dalam list pun pekerjaan Jurutera ni. Kecik² dulu CA nk sangat jadi cikgu Bahasa Inggeris, tapi tak kesampaian. so jadilah seorang Engineer. Rezeki CA kat sini, dalam bidang ni. Alhamdulillah. 

Macam² pengalaman ditempuh sepanjang 7 bulan berjauhan dari famili tetapi berdekatan my bestest bestfriend (BBF). Hari² pun jumpa BBF saya. Office opposite je. hehe Syukur sangat sebab Tuhan kurniakan seorang hambaNya yg ada di kala susah mahupun senang. terima kasih tak terhingga buat my BBF yg sentiasa bersama sy senang mahupun susah. tanpa my BBF, sy tak mungkin berada pada tahap ni. Syukur ya Allah. 

Menyentuh pasal kerja, hurm. malas nk cerita banyak², just one thing, bukan senang nak cari duit. so sekarang CA sangat menghargai duit dan masa. Alhamdulillah I've found my 2nd job which was at my hometown. Walaupun jauh 2jam dari rumah, tapi better la dari jauh 6jam! Resign sebab ada benda yg tak best, tp ada juga yg best. Sayang nak tinggal kawan² baru, tapi terpaksa. One more thing, rasa macam malasnya nk adapt dengan tempat baru, orang baru, kerja baru! tapi percaya pada rezeki Allah, InsyaAllah I can do it. Berjauhan dengan my BBF tetapi berdekatan dengan famili. Allah telah merancang sebaiknya utk CA. Alhamdulillah. 

Hey, I've Medallion! See... :)


Alhamdulillah CA sekarang ada komitmen baru selain hutang ptptn. huhu takpe, utk kesenangan CA jugak. After accident sekali, terus decide tuk beli Mr Medallion ni. 

I'm happy with my life and I'm gonna miss this life so much. I'm gonna miss my BBF too after this. Life isn't easy. struggle for what u want. InsyaAllah, pray hard, Allah is always by your side. 

Happy working people ;)


August 24, 2011

It's Raya time!

Salam Ramadhan Al-Mubarak....

Wah..CA kini bergelar fresh graduate. Alhamdulillah, CA dah habis belajau and hope dapat result ok la nanti. Currently I am at my sister's house, tomorrow I'll be back to hometown, yay! I'm coming home, coming home, tell the world that I'm coming HOME!

Status CA sekarang adalah seorang penganggur yang actively seeking for a mechanical engineer position. Hope rezeki berpihak pada CA secepat mungkin. amin. Good luck utk kawan-kawan yg seangkatan untuk stage yg seterusnya.

lagi seminggu nak  RAYA! yay. baju raya dah setel, kuih raya dah setel jgk kot. huhu hope raya tahun ni membawa lebih makna dalam kehidupan setiap insan. sama-sama lah kita meriahkan hari kemenangan seluruh ummat Muhammad ini dengan hati yg luhur menghulur dan menyambut kemaafan.

Btw puasa tinggal seminggu saja lg, sama-sama lah kita mencari keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga dipertemukan dengan malam yg lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar. amin.

Selamat menyambut Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Peace no war :)

July 31, 2011

Peluang kedua ketiga keempat ke..ke..ke...

Setiap manusia layak diberi peluang andaikata beliau bersedia dan bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. terima kasih kepada pemberi peluang itu. sesungguhnya CA akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya. 

terima kasih cinta. CA mampu tersenyum lagi. terasa hidup ni ada arah tuju dan bersemangat untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat yang selama ini berdiri teguh di belakang CA selama 4 tahun pengajian di sini. Ety, Fatin, Lin, dan Ecah, kita kawan sampai mati. walau apa pun jadi, jangan sesekali memutuskan tali persahabatan ni. ok! lepas ni kita dah bawa haluan masing-masing, semoga kita dapat capai apa yang kita impikan. aku tengah sedih ni, duduk sorang-sorang kat tu29. sobs. teringat korang semua. mesti  sedang berseronok bersama keluarga tercinta. jeles.

kurang satu bulan saja lagi untuk CA merasai zaman belajar. tapi harus diingat, belajar itu perlu sentiasa, di mana jua anda berada. semoga segalanya berjalan dengan lancar. amin. 

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mohon maaf zahir batin.

July 29, 2011

Hidup bukan untuk mati tapi mati untuk hidup

Salam all. wish today will be a good day but unfortunately today was the bad day ever. I wish to die for a minute. so that I will forget about everything happen. It was so hurt. but trust me. my name is Cik Aya. I am strong. terima kenyataan walaupun perit sangat. sangat. sangat. sangat perit. the end.

I am very excited to attend an interview with a company this Tuesday. tapi CA tak tahu lah boleh buat ke tak semua tu. I am totally lost. but I will try my best to find my self back and I wish I can do it, for my self and my family.This interview will be the first interview in my life. tak sangka sangat ada yang review and berminat ngan resume CA ni. hope everything will be fine la. InsyaAllah. kalau ada rezeki dapatlah CA kerja tu. 

Yesterday was my last last n last test, which was heat transfer and this morning was my last last n last presentation as a student. tapi final ada lagi. paper final will be on 15/8 and 19/8. hope CA ada semangat untuk lakukan semua tu. hope. 

Tajuk untuk entry ni tak ada kaitan pun sebenarnya. just satu petikan ayat dari drama Stanza Cinta. terfikir untuk mati daripada hadapi semua ni. tapi kita orang Islam, ada Iman. Teguhkan iman CA, u can do it. mati bawak dosa masuk kubur buat apa? berfikir sejenak. muhasabah diri. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang telah berlaku pada hari ni bermakna pada yang berkenaan dan akan mendatangkan manfaat serta kebahagiaan.