March 25, 2013

Reset Minda : Dunia Dalaman Menggambarkan Dunia Luaran

Assalamualaikum....

Hidup ni mesti ade matlamat. Baru la semangat dan kita akan lebih berusaha tuk capai ape yg kita inginkan. Sentiasa audit diri utk memperbaiki kelemahan diri kita. Rajin2 la dengar motivasi. Especially Reset Minda bersama Prof Muhaya. Sangat terkesan buat sy yg masih mencari2 identiti diri sbg seorang muslimah, anak dan in sya Allah sbg seorang isteri suatu hari nnt. Tag line beliau sgt indah. "Dunia dalaman menggambarkan dunia luaran". Dan bg sy ianya sangat tepat. Bagaimana hati kita begitulah perbuatan kita. Sama2 kita audit diri, perbaiki diri dan kejar matlamat dunia dan akhirat supaya hidup lebih bermakna dan diberkati-Nya. Suka sy nak kongsikan beberapa video dr Prof Muhaya sebagai panduan untuk kita sama2 menuju ke arah kehidupan yg positif dan diberkati Allah SWT. Sama2 kite renungkan praktikkan apa yg diajar. Actually sy nk ulas setiap video yg tertera kat bawah tapi masa tak mengizinkan tuk sy menulis panjang lebar. In sya Allah suatu masa sy akan berkongsi input yg terdapat dalam video yg sangat bermanfaat ni. 

Reset Minda Ibu Bapa


Reset Minda Mertua & Menantu


Reset Minda Anak

Reset Minda Suami

Reset Minda Remaja

Reset Minda Isteri


Sama2 kita perbaiki diri untuk menjadi kekasih Allah yg paling dekat dengan-Nya. Amin. Sesungguhnya yg khilaf itu datang dari sy dan yg indah serta baik itu dari Allah SWT.

Happy birthday Medillion


Happy Birthday Medillion

Hey2. 22/03/13. Medillion sy dah umur setahun ok! Kalau baby dah besar dah anak sy ni. Haha syukur Alhamdulillah. Terima kasih Medillion sbb dah berbakti pd sy sampai hari ini dengan baik sekali. Xpernah meragam lg so far. And in sya Allah mintak2 jauh la ok. Sy jage awak, awak jage sy. Ok deal! First harta yg sy beli dgn usaha sy sendiri. Tak terfikir begitu cepat tuk miliki kamu Medillion. Alhamdulillah.

This is my Medy on our first met.

Birthday means hari diberanakkan atau di'release'kan atau dalam erti kata lain kena renew roadtax and insurance lah. Kaaannn. Melayang ringgit malaysia seribu tiga ratus lima puluh tiga. Tapi takpe. Apela sgt duit tu berbanding khidmat yg diberikan oleh Medillion. Kan3? Thanks to my fren Cik Ateng yg tlg setelkan semua ni ngn service yg sgt puas hati, cepat, tepat dan mesra. Kalau ada kawan2 yg nak renew insurance n roadtax bolehla hubungi Cik Ateng kita ni. As per detail bellow ok.

Fatenshah Enterprise
121, Taman Seri Desa,
Wakaf Tembesu, Jln Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu
Tel : 09-666 2143

Medillion. I love u. We take a good care of each other. Ok. Promise!

December 26, 2012

You're So Far Like a Stranger I Have a Crush On



Untuk bakal Imamku, this is for you.
Kak Wani, pinjam lagu & lirik. hehe


You're So Far Like a Stranger I Have a Crush On by Wani Ardy.
The real reason 
the real reason 
why I call you every now and then 
is because I’m afraid of forgetting your voice

(sometimes I do)
Am I a bad girl? 
Am I a bad girl 
if I look at your picture and couldn’t recall 
how it felt like to be physically by your side?

If you still remember the person I am 
you’ll remember what sad memory capability I have

For a forgetful fella like me, 
distance is never a best friend 
-you’re so far 
like a stranger I have a crush on

I’ll just wait 
I’ll just wait 
for you to come and be my date 
I’ll get to know you 
I’ll get to know your favourite food 
I have allergies, I do 
I’ll make you write for me 
I’ll make you write for me 
so that I can keep a piece of your handwriting 
I’ll record you 
I’ll record the smell of you 
if you smoke like you’re 42

I don’t mind 
getting to know you 
round and round 
even if I fall 
even if I fall 
from the rooftop hundreds of times 
I don’t mind 
getting to know you 
round and round 
even if I get hit 
even if I get hit 
by a truck thousands of times

You’re so far 
like a stranger I have a crush on 
-you’re so far 
like a stranger I have a crush on

Copyright © 2002-2010 WaniArdy TintaJiwa Ent.

December 23, 2012

A Simple Gift Means A Lot

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad.

I've just got a gift from my best friend, several gifts actually. Hari tu my friend pegi Krabi, then she bought me  some gift. Since bulan 10 lagi beliau dah bagi, tapi kirim pada kawan CA, CA je tak berkesempatan nk ngambil gift tu dek kerana busy terlampau. yela, cuti sehari je, mane nak sempat ke sana ke sini. Thank you so much Cik Tiez sbb bagi CA t-shirt I Love Krabi, key chain and a tasbih (most appreciated and very nice one!).

A beautiful tasbih from a beautiful friend. tq so much!
 
Btw, last 8th Dec, my lil brothers got engaged to his Ms fiance. urm. semua dok pakat tanya CA bila lagi. just mampu jawab ada rezeki, sampai jodoh, kawen la. betol la kan? CA serahkan pada takdir tapi dalam masa yang sama perlu usaha jugak. and we're trying to do our best on planning our future. In shaa Allah, akan tiba jugak masa tu nanti. Pray for us.  

To Cik Tiez, I hope that u'll be granted with a Soleh husband one day and In shaa Allah, happiness will be yours. Just be strong, have faith in Allah, take care and I Love You.

Wassalam.

November 24, 2012

Ladies, Let's SOCKS UP!

Assalamualaikum dan Salam 10 Muharram...

Alhamdulillah, SubhanaAllah, kita masih diberi peluang tuk hidup di bumi Allah ini.

Hari ni CA nak berkempen. Kalau yang lepas-lepas, blogger duk kempen "Wear it Right" yang boleh dibaca di sini atau kat sini. So sekarang CA suka nak ingatkan kepada kaum hawa sekalian to SOCKS UP! Aurat kita sebagai kaum hawa ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. So kaki kita ni aurat lah, tak boleh ditunjuk kepada lelaki yg ajnabi. jom kita layan video UAI dulu se'round'.


ok...faham saudariku sekalian? suka CA nak seru semua sahabat-sahabat sekalian untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna, COVER YOUR CHEST, COVER YOUR BUTT AND COVER YOUR FEET!

CA bukanlah seorang yg alim lagi baik lagi mulia, tapi benda baik macam ni elok la dikongsikan bersama. ye dok? tak susah pun nak cover kaki tu. kalau beli sarung kaki, RM2.90 sepasang, kalau boleh beli product make-up berpuluh-puluh RM, why not buying a pair of socks which cost u just about RM3.00. right? Otherwise kalau tak nak pakai sarung kaki pun tak pe, janji tutup aurat, macam yg UAI kata dalam video kat atas tu la. ok ladies? 

CA akui la, memang pada mulanya agak janggal and kawan-kawan, saudara-mara pun ada duk mengata, tapi pedulikan apa orang kata as long as benda yang kita buat ni betul, tak langgar hukum agama malah dituntut lagi dalam Islam. So jangan takut dikata kolot, takutlah pada azab Allah S.W.T.

Sentiasalah mohon keampunan dariNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wallahu A'lam.




November 17, 2012

Salam Muharram 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W



Mungkin belum terlambat untuk CA ucap selamat tahun baru kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah. Kita sudah pun melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah. Apa agaknya azam kita pada tahun baru ni ye?

Lame sangat tak menulis. kekok rasanya. macam-macam perkara sudah berlalu. Syukur Alhamdulillah yg tak terhingga pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan cahaya bagi rumah CA yg selama ni malap, gelap gelita.

Azam CA untuk tahun baru ni adalah CA nak jadi seorang muslimah yg lebih baik, cantik di sisi Allah. In Shaa Allah. Semoga Allah tetapkan hati CA serta dipelihara iman.

Tersentuh tersangat ketika baca doa akhir tahun tempoh hari yang bermaksud;

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau  redhainya da Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ka atas mereka."

Amin ya Rabbal Alamin....

Muhasabah diri, bertaubat jika menyedari diri berbuat dosa dan terus memohon keampunan dariNya tanpa putus. In Shaa Allah. Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat pun. hanya kita yang sering kali melupakanNya. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434 Hijrah.

:)

November 11, 2012

Anugerah Terindah

kita...adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa. alhamdulillah. syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Mu ya Allah.

May 22, 2012

Tujuh Bulan Berlalu

Assalamualaikum...wah, lame tak update belog.. sedar tak sedar dah tujuh bulan CA bergelar seorang Engineer. macam tak percaya je. rasa nak lempang pipi laju². haha tapi tu la hakikatnya. I am an Engineer. walaupun masa kecik² dulu tak pernah ada dalam list pun pekerjaan Jurutera ni. Kecik² dulu CA nk sangat jadi cikgu Bahasa Inggeris, tapi tak kesampaian. so jadilah seorang Engineer. Rezeki CA kat sini, dalam bidang ni. Alhamdulillah. 

Macam² pengalaman ditempuh sepanjang 7 bulan berjauhan dari famili tetapi berdekatan my bestest bestfriend (BBF). Hari² pun jumpa BBF saya. Office opposite je. hehe Syukur sangat sebab Tuhan kurniakan seorang hambaNya yg ada di kala susah mahupun senang. terima kasih tak terhingga buat my BBF yg sentiasa bersama sy senang mahupun susah. tanpa my BBF, sy tak mungkin berada pada tahap ni. Syukur ya Allah. 

Menyentuh pasal kerja, hurm. malas nk cerita banyak², just one thing, bukan senang nak cari duit. so sekarang CA sangat menghargai duit dan masa. Alhamdulillah I've found my 2nd job which was at my hometown. Walaupun jauh 2jam dari rumah, tapi better la dari jauh 6jam! Resign sebab ada benda yg tak best, tp ada juga yg best. Sayang nak tinggal kawan² baru, tapi terpaksa. One more thing, rasa macam malasnya nk adapt dengan tempat baru, orang baru, kerja baru! tapi percaya pada rezeki Allah, InsyaAllah I can do it. Berjauhan dengan my BBF tetapi berdekatan dengan famili. Allah telah merancang sebaiknya utk CA. Alhamdulillah. 

Hey, I've Medallion! See... :)


Alhamdulillah CA sekarang ada komitmen baru selain hutang ptptn. huhu takpe, utk kesenangan CA jugak. After accident sekali, terus decide tuk beli Mr Medallion ni. 

I'm happy with my life and I'm gonna miss this life so much. I'm gonna miss my BBF too after this. Life isn't easy. struggle for what u want. InsyaAllah, pray hard, Allah is always by your side. 

Happy working people ;)


August 24, 2011

It's Raya time!

Salam Ramadhan Al-Mubarak....

Wah..CA kini bergelar fresh graduate. Alhamdulillah, CA dah habis belajau and hope dapat result ok la nanti. Currently I am at my sister's house, tomorrow I'll be back to hometown, yay! I'm coming home, coming home, tell the world that I'm coming HOME!

Status CA sekarang adalah seorang penganggur yang actively seeking for a mechanical engineer position. Hope rezeki berpihak pada CA secepat mungkin. amin. Good luck utk kawan-kawan yg seangkatan untuk stage yg seterusnya.

lagi seminggu nak  RAYA! yay. baju raya dah setel, kuih raya dah setel jgk kot. huhu hope raya tahun ni membawa lebih makna dalam kehidupan setiap insan. sama-sama lah kita meriahkan hari kemenangan seluruh ummat Muhammad ini dengan hati yg luhur menghulur dan menyambut kemaafan.

Btw puasa tinggal seminggu saja lg, sama-sama lah kita mencari keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga dipertemukan dengan malam yg lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar. amin.

Selamat menyambut Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Peace no war :)

July 31, 2011

Peluang kedua ketiga keempat ke..ke..ke...

Setiap manusia layak diberi peluang andaikata beliau bersedia dan bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. terima kasih kepada pemberi peluang itu. sesungguhnya CA akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya. 

terima kasih cinta. CA mampu tersenyum lagi. terasa hidup ni ada arah tuju dan bersemangat untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat yang selama ini berdiri teguh di belakang CA selama 4 tahun pengajian di sini. Ety, Fatin, Lin, dan Ecah, kita kawan sampai mati. walau apa pun jadi, jangan sesekali memutuskan tali persahabatan ni. ok! lepas ni kita dah bawa haluan masing-masing, semoga kita dapat capai apa yang kita impikan. aku tengah sedih ni, duduk sorang-sorang kat tu29. sobs. teringat korang semua. mesti  sedang berseronok bersama keluarga tercinta. jeles.

kurang satu bulan saja lagi untuk CA merasai zaman belajar. tapi harus diingat, belajar itu perlu sentiasa, di mana jua anda berada. semoga segalanya berjalan dengan lancar. amin. 

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mohon maaf zahir batin.

July 29, 2011

Hidup bukan untuk mati tapi mati untuk hidup

Salam all. wish today will be a good day but unfortunately today was the bad day ever. I wish to die for a minute. so that I will forget about everything happen. It was so hurt. but trust me. my name is Cik Aya. I am strong. terima kenyataan walaupun perit sangat. sangat. sangat. sangat perit. the end.

I am very excited to attend an interview with a company this Tuesday. tapi CA tak tahu lah boleh buat ke tak semua tu. I am totally lost. but I will try my best to find my self back and I wish I can do it, for my self and my family.This interview will be the first interview in my life. tak sangka sangat ada yang review and berminat ngan resume CA ni. hope everything will be fine la. InsyaAllah. kalau ada rezeki dapatlah CA kerja tu. 

Yesterday was my last last n last test, which was heat transfer and this morning was my last last n last presentation as a student. tapi final ada lagi. paper final will be on 15/8 and 19/8. hope CA ada semangat untuk lakukan semua tu. hope. 

Tajuk untuk entry ni tak ada kaitan pun sebenarnya. just satu petikan ayat dari drama Stanza Cinta. terfikir untuk mati daripada hadapi semua ni. tapi kita orang Islam, ada Iman. Teguhkan iman CA, u can do it. mati bawak dosa masuk kubur buat apa? berfikir sejenak. muhasabah diri. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. semoga apa yang telah berlaku pada hari ni bermakna pada yang berkenaan dan akan mendatangkan manfaat serta kebahagiaan. 

July 7, 2011

Dinamik

hello everybody. everybody loves Raymond. haha 

hurm. today I have to struggle for my final exam for dynamics which is tomorrow. even sedikit hilang tumpuan dan semangat, but still I have to study to upgrade my result. berdiri atas kaki sendiri, u can do it CA! malam esok CA plan nak pulang ke pangkuan family tercinta. I have been bored to live here, anymore. nak balik hirup udara segar kat kampung halaman, doing some activities with my lovely siblings. oh, I miss them damn much! Since I currently dah tak aktif bermuka buku, so blog ini la mangsa untuk CA luahkan segala. 

that's all. mau study maaa...

dadaaaa!

July 5, 2011

Mencari Redha

Assalamualaikum dan selamat hari selasa. 


wah...sudah lama tidak menaip. takde feel nak menaip n takde idea nak menaip pasal ape. CA bukanlah seorang yang minat akan tulisan-tulisan dan buku-buku. sebab tu lah subjek yang baca-baca semua tak pernah nak dapat A! sedangkan orang cakap subjek macam tu lah yang senang nak skor. but for me, it was soooo difficult ok! titik. ade kurangnya jugak kalau tak minat membaca ni. tak tahu ape perkembangan semasa n bila nak exam subjek baca-baca je pegang nota sambil baring konon nak menghafal la kan. haaa hafal dalam mimpi jela. I am bad at reading n remembering but CA ade kelebihan yang lain (ape yang lebih entah). tapi memang dah cantik Tuhan cipta manusia ni. ada lebih dan ada kurang. kalau asek lebih jeee, boring jugak kan. kena ada kurang baru la adventure sikit life ni. tak la semua manusia sama aje. wah, panjang pulak intronya. 


pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. cuma tinggal lebih kurang sebulan saje CA nak tamatkan riwayat Ijazah Sarjana Muda ni. tak tahu nak rasa ape. sedih ke, bangga ke, happy ke, takut ke. semua ada. happy sebab dah tak payah nak belajar lagi. takut nak bekerja nanti (keje apa entah nanti). sedih nak berpisah ngan kawan-kawan seangkatan serta sekutu-sekutu. bangga sebab akhirnya dapat juga genggam segulung ijazah (cewah, belum lagi ok). 

currently, I am a student, still. and I am also a job seeker! CA kena dapatkan keje as soon as possible lepas habis belajar ni. yela, nanti nak konvo nak la grand². huhu nak la ajak family berkampung kat Melaka ni, cuti-cuti Malaysia. but, still I have to struggle for my last semester ni. CA tak boleh putus asa, walaupun dapat markah test ciput je, tak semestinya CA tak lulus. final exam kan ada lagi. kn3??? yang penting usaha. usaha tangga kejayaan. jangan pernah putus asa! tetiba sebak. sebak sebab CA bukanlah sorang yang kuat semangat macam tu. :( how bad am I. menangis tu memang hobi la kan. tak dapat jawab test, menangis. rindu kampung halaman, menangis. marah tersangat pn, menangis. gaduh dgn teeeet pn, menangis. kecik hati dgn kawan-kawan pn, menangis. Hobi saya adalah menangis. harap maklum. menangis boleh buat CA tenang. seolah-olah air mata yang keluar tu bawak keluar rasa sedih, rasa marah, rasa kecewa tu. dengar Encik BBF membebel pun boleh buat CA calm. solat lebih lagi. mengadu segala-gala pada Yang Maha Esa memberikan satu kepuasan dan ketenangan yang tersangat. mengadu seolah Dia ada depan mata kita, Dia mendengar setiap apa yang kita cerita. Dia pendengar yang paling setia dan dari-Nya kita datang, pada-Nya kita pulang. CA sedang mencuba untuk meredhakan sesuatu yang bukan milik CA, menerimanya dengan hati yang terbuka. sungguh susah untuk redha dalam setiap apa yang berlaku. tapi redha itu perlu.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Masih ada sesuatu yang belum terlaksana. 

Wassalam.




June 17, 2011

Aku perlukan-Mu

Dugaan datang dan pergi. Aku tahu kau kuat, sama macam aku. Kau sabar ye hati. Mata, kau jangan nangis. Kau pun kuat macam aku kan? Aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Aku tahu berdikari. Aku cuma perlu sokongan keluarga dan redha dari Tuhan. Aku tahu Tuhan setia bersama aku. Aku yg sering kali lupa akan-Nya. Terima kasih Ya Allah. Kurniakan lah yg terbaik untuk ku dan kedua ibu bapa ku. Cekalkan hatiku, tabahkan hatiku. Redhai aku menuju ke jalan-Mu.

May 23, 2011

Tunang dan Kahwin

Alhamdulillah....dh ramai kawan-kawan dan saudara-mara CA yg nk kahwin n tunang. CA tumpang berbahagia. jeles pun ada. tapi apakan daya. huhu belum tiba masanya. rezeki masing-masing, jodoh masing-masing. Maklumlah semua kawan-kawan yg satu batch dgn CA kan dah habis belajar, so kahwin la kan. buat apa tunggu lama-lama lagi. dah mampu tu, kahwin la cepat-cepat. kahwin ni satu ibadah. Dikesempatan ini CA mengucapkan Selamat Berbahagia kpd saudara-mara dan kawan-kawan yg bertunang dan berkahwin pada musim cuti sekolah ini. tak lupa jgk buat kakak tersayang yg bakal diijab kabulkan pada 3hb Jun ini. Selamat Pengantin Baru! tak sabar mahu berkenduri-kendara bertemu sahabat, saudara-mara dan jiran tetangga.

have a nice day! :)

April 18, 2011

"Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian dari Iman" (HR Abu Daud)

Maka belajarlah untuk bersederhana dalam semua hal. 

April 13, 2011

SAYS.my

I am currently addicted to SAYS.my! haha hari² duk depan laptop promot link kat kawan². nak tau sebabnya kenapa? sebab SAYS.my sekarang tengah hangat mengagihkan hadiah sempena hari jadi SAYS.my yang ke-3. hadiah² yang ditawarkan memang cukup menarik! kalau tak caya, klik sini. macam² ada wa cakap lu. di antaranya:

  • RM500 Zara shopping spree
  • RM500 MNG shopping spree
  • RM500 Cotton On shopping spree
  • Canon SLR EOS 600D
  • 11" Macbook Air
  • RM50 Starbucks Voucher
  • Kingston 8G Thumb Drive
  • RM100 Jusco Shopping Voucher
  • dan banyak lagi lah! xlarat nak tulis satu².huhu 
Camane nak join? haaa...meh sini cek nak habaq kat hampa. 
  1. Pergi kat sini untuk register.
  2. Kemudian klik sign into SAYS.my iaitu daftar masuk menggunakan akaun facebook anda.
  3. Then korang follow je arahan.
  4. Untuk share kempen, klik REWARDS dan anda boleh la share link tu kat facebook atau emel kat kawan² atau seperti yang tertera kat page tu lah senang cita.
One more awesome prize that I forgot to mention which is RM1000 cash from Maybank to whom sharing the campaign of Things you didn't know about your Maybankard. tetapi, hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk tuan² dan puan² rebut hadiah yang lumayan ini. cepat², lambat tak dapat!

Hari ni merupakan hari ke-8 SAYS.my ni bagi hadiah. Tapi CA tak de rezeki lagi kot. huhu hope menang la pape pun. hehe untuk membolehkan CA menang, korang kenala bantu CA dengan klik semua iklan² kat bawah ni. ok? tapi kalau tak nak pun takpa, CA tak paksa ok.


Alang² klik tu korang baca lah ye. amek info sikit. but uols must remember that everyday is new beginning. okeh! Selamat mencuba. daaaa... :)

April 5, 2011

PSM=DONE! TEST=COMING! FINAL=WELCOME!


Alhamdulillah bersyukur pada yang ESA, my PSM was successfully done and for the first time, I am proud of myself because I am the only presenter that got credit and "ini adalah contoh laporan terbaik" from panel. ok. faham tak maksud ayat tu?haha memang CA dapat pujian yang melambung² sampai naik kembang lobang hidung ni. keh keh keh. tak tahu lah kan kalau panel tu memang suka CA dari CA belajau Measurement n Instrumentation dengan beliau dari semester lepas lagi kan sebab kan CA tanyakan soalan kan paling basic kan. hahaha. dah tak tahu tanya la kan. kalau tak tanya tak tahu pulak kan. kan kan kan. Ok, merapu. Actually I'm not done yet with my PSM sbb belum berjilid n belum disemak oleh penyelia lagi. nak setel cepat² lah pasal PSM ni. nanti nak fokus final pulak.

Minggu ni CA ada 2 test, Etika Kejuruteraan (Khamis) dan Mekanik Pepejal 3 (Jumaat) serta kuiz Getaran Mekanikal (Rabu). Jadual final exam pn dah kua seperti berikut:

click to enlarge


ok. agak padat tapi CA cuba buat yang terbaik untuk family tercinta. Lepas habis final CA ada semester khas di mana semua pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal wajib hadir supaya ijazah diiktiraf. kalau tak ada semester khas ni, bulan 5 CA dah habis belajau, dah boleh kerja dah, tahu tak???! tapi, sabau jela. ini takdir CA. CA kena tempuhi semua ni dengan harapan dapat lah CA grad dengan cemerlang seterusnya mendapat pekerjaan yang diinginkan secepat mungkin! huhu

that's all for today. nnt ada masa CA tulis lagi. life is beautiful.



March 5, 2011

Rindukan kampung halaman.

Yup...CA rindu nak balik kampung. Hampir sebulan CA di bumi Melaka ni, dah tiba masanya untuk menjenguk kampung halaman. Tak suka perasaan ni. Sayu. Pilu. Sedih tersangatlah. Menangis dah puas. hurm...

Rindu nak bersantai di pantai. Rindu nak bergelak ketawa bergusti bersama adik², kakak², abang². Rindu nak beli-belah bersama bonda. Rindu nak bancuh kopi untuk ayahanda. Rindu nak bergosip²an bersama saudara mara. Rindu nak menjenguk atuk nenek. Apa khabar agaknya mereka²?

Tanggal 12 March, si kakak mahu melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati beliau. Semoga majlis berjalan dgn lancar dan tunggu kepulangan CA! Tak sabar rasanya mahu berkumpul bersama keluarga. Arghhh. Rindu tersangat.


March 4, 2011

i wish i don't have to face You (tomorrow), if i can't meet You (future), it's not good to see You (today), but i'll always miss You (yesterday).





I Lost You