February 25, 2011

"H i d u p  t a k  s e l a l u n y a  i n d a h , 
 l a n g i t  t a k  s e l a l u  c e r a h"

ok, I hate this part right here.

February 23, 2011

Terima kasih Fatin, Lin, Ecah dan Ety...

Terharu sehingga tertitisnya air mata. Terima kasih housemate CA sekalian. Thanks for the cute green single fitted sheet set. They knew how much i love green! nnt tuk hadiah kawen i, u all kasi yang king size punye tau, n the color must be green also..hehe no matter how much the price of the present, the friendship is more valuable. thank you for the gift of this friendship. I love u all.
this pic is kind of blur. huhu green is beautiful.ok!


Terharu tersangat sbb Lin cakap "terima kasih aya sbb jadi kawan aku". Touching gilos, sampai nangis then berjangkit pulak nangis tu kat ety n lin. sori ye kengkawan, aku wat korang nangis jugak. Di sini CA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd housemate tersayang, dah lebih kurang 3 tahun kita bersama menjalani suka duka hidup kita di Melaka ni, banyak kenangan manis, pahit, masin, payau sume ade. Korang la sahabat CA sampai bila². Nanti kawen jemput tau! Kalau ikut susunan, Lin kawen dulu, then ety, then CA, then Fatin, n last sekali ofcos la adik bongsu Cik Ecah.

Kawan², maafkan CA kalau ada yang terkurang dan halalkan yang terlebih ok. Semoga kawan² sekalian berjaya dalam hidup dan berbahagia bersama yang tersayang. Sama² kita berusaha tuk siapkan PSM dan tempuhi hari² terakhir sebagai seorang pelajar berdedikasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Cewah...

CA sayang korang semua!
friends forever :)




p/s: ety,lin, dan ecah, sila belajar utk test tekno bahan esok, gud luck! :p

February 9, 2011

PSM OH PSM

PSM is stand for Projek Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sbg Projek Sakit Mental! huh...
sakit wooo...bukan senang nak genggam segulung ijazah. lg² la budak komposit mcm CA neh. kawan² seangkatan pn tengah pening kepala serabut perut dgn PSM masing². minggu depan dah seminar 1. nak present ape pn CA tak tau lg. haihhhh. stresssss! tukar material tu material ni. n hope yg last ni menjadi lah. coir fiber reinforced composite ( polyester + hardener). projek guna sabut nyior jek, tapi mau pecah kepala jgk nak bikin. asemen belambak bile nak buat entah. sekarang tgh serabut sesangat, tapi buat² cool jek. nnt mesti kesian EK sy nak kne mengadap karenah CA ketika stress melanda. anyway CA would like to say thanks a lot to EK coz membantu CA cari jurnal baru for my project. stress buat benda alah ni blh buat PSM jadi PMS!

Cuti Chinese New Year best sesangat. kalau blh nk cutiiiiiii je sokmo. tapi apakan daya. huhu tu pun CA dah buat cuti sendiri. nak spend time ngn family n EK punya pasal. but overall CA satisfied lah ngan cuti lepas. best dapat layankan semua orang. Ali is my adik bongsu. he's so mengada² i think. time rehat kat skolah pn suruh my mom pegi suapkn makan. tapi apakan daya, Ali kan adik (kata Puan Hazimah). n also byk kenduri kawin. yang paling bestnya, tiap² petang lepak ngn EK kat pantai :)

Semoga berjaya ngn PSM!

January 30, 2011

Home Alone

Oh yeah...boleh korang imagine tak camana CA rasa bila kena tukar tiket balik kampung yang asalnya ditetapkan pada tanggal 28hb Jan kepada 1hb Feb???OMG. Tuhan saja yang tahu. hurm.....dah tu, tinggal sorang² macam nak gila pn ada. masak makan tidur nangis sorang² je. sedih sangat². tak dapat nak digambarkan. tetapi, kerana PSM! CA sanggup berkorban apa saja, tapi tiba² lak si technician tu wat hal tak kasi guna mesin, haram J betol. dah tu hari isnin dia cuti pulak, so kena jumpa hari selasa. bukan untuk guna mesin tetapi untuk isi borang tu isi borang ni. mane tak hangin satu badan CA ni? haihhh..macam². CA fikir, balik lambat korbankan masa cuti untuk run eksperimen PSM, tapi hampeh.


Bila duk rumah sorang² pulak, malas nak masak, malas nak kua beli makan, malas nak mandi, malas segala²nya lah. masak pun main campak² je, so jadilah mee goreng pedas tahap cipan dan bubur masin tahap gaban. nak tak nak telan jela. 


Dah berliter² agaknya air mata di'produce'kan oleh mata sepet CA ni. kalau ditadah agaknya dah boleh bagi kat Sultan Mahmud sebagai hantaran buat meminang Puteri Gunung Ledang. honestly, sedih sangat tinggal sorang². bersyukurlah anda yang punya nikmat bersama keluarga, teman² mahupun kekasih. 


EK pulak, sentiasa bersabar dengan karenah CA yang manja keledek ni. Tapi kadang² dimarahnya jugak CA ni. huhu... padan muka kau CA! tapi.....bukan ku pinta jadi begini.. :( ni kelemahan CA, CA nak wat camana kan. jarang sangat kita dengar yang anak perempuan ni tak ada perasan 'homesick' bila berjauhan dari keluarga. betul tak? hurm...teruskan bersabar ye EK. I love u n I am sorry. 


Pastu tengok pulak status kawan² kat muka buku, semuanya sedang happy² kat kampung halaman bersama keluarga tercinta. mana tak meleleh air jernih ni??? huh. tengok la nanti, bila CA dah balik kampung, satu dunia CA nak kabarkan! dah sebulan tak menjenguk kampung halaman, rindu sesangat kat bonda ayahanda adinda kekanda semua. tambahan pula EK juga di kampung halaman. air jernih mengalir lagi. arghhh! cukup!!!! 

January 17, 2011

tak tahu adik tak tahu

tak tahu...tak tahu..tak tahu...

Ni lah ayat paling best dan paling disukai CA (cik aya). Kekadang bengang gak EK (encik kekasih) nak melayan. Sebenarnya ni jawapan orang² yang malas nak berfikir ataupun dah malas nak melayan sesuatu perbincangan. Kekadang perkataan "tak tahu" ni jugak boleh mengundang pergaduhan manja di kalangan pasangan kekasih kerana apabila si pasangan memerlukan jawapan kepada pertanyaan tetapi dibalas dengan "tak tahu", perghhhh...hangin satu badan wooo. Kalau sekali dua takpe la, ni sampai setiap soalan pun nak jawab "tak tahu", ape kes?

BF: syg nak makan katne?
GF: tak tahu
BF: nak makan ape?
GF: tak tahu
BF: makan mcd nak?
GF: urmm..ntah..(lain sikit bunyi tapi sama maksud)
BF: tak yah makan lah! (mula naik angin)
GF: ..... (diam. merajuk pastu mulut tu muncung sampai 4 inci)

Nasihat CA untuk pasangan² bercinta ataupun dah kawen, jangan la ambil mudah benda yang remeh camni oke! Jangan biarkan pasangan kita saja yang membuat keputusan, baik si jejaka ataupun si gadis kerana lama kelamaan beliau akan merasa "fed up" dengan semua itu. Bertolak ansur dan bertoleransilah dengan pasangan anda agar perhubungan sentiasa dilimpahi dengan gelak tawa gurau senda senyum bahagia. InsyaAllah.

December 14, 2010

Hohoho balik kampung!

Pejam celik pejam celik pejam celik......... esok dh nak balik kampung. Berbunga-bunga rasanya hati ni. Gembira tak terhingga. Mahu bertemu keluarga tercinta dan tak lupa cinta hati saya. Rindu!

Malam esok Cik Aya akan berangkat pulang ke kampung halaman. Doakan Cik Aya selamat sampai ok! :)

Dalam kepala ni asyik duk fikir2 je apakah aktiviti untuk 2 minggu di kampung halaman nanti. Kebiasaannya, pada cuti semester camni Cik Aya akan:


  1. Teman my beloved mother shopping. Mydin & Giant favorite beliau sebab tu je yang gah sikit kat Bandaraya Warisan Pesisir Air ni.
  2. Dating! :) I like...hehe dah lama tak jumpa kekasih hati saya, rindu Mr. Sweetheart sangat2! And his birthday is coming soon, hurm....I'm planning something!
  3. Berkunjung ke rumah sanak saudara bertanya khabar mengeratkan silaturahim.
  4. Ber'picnic' bersama family tercinta sampai 3,4 buah kereta. I have a big family. Usually kat pantai or Sekayu waterfall.
  5. Every night before dibuai mimpi, Cik Aya akan pillow talk bersama adik2. Gosip2 gitu.
  6. Layankan anak buah. Cik Aya mempunyai 6 orang nephew, huru hara rumah opah diorang kalau semua datang. Sangat2 meriah. Thats why lah Cik Aya sukeeeee sangat balik kampung! :)
  7. Jumpa kawan2 sekolah. Hurm, Cik Aya dapat invitation ke reunion geng2 sekolah rendah. Tak tahu lagi dapat join ke tak. Hope dapat join, so takde la kawan2 nak kata Cik Aya ni sombong kan?
  8. Kalau takde ape2 aktiviti, Cik Aya akan lepak je kat rumah layan cita kat TV bersama keluarga tercinta.
haaa...banyak aktiviti Cik Aya kat kampung halaman kan? Walaupun penat nak layankan karenah semua orang, Cik Aya sangat gembira, bahagia, berpuas hati dan bersyukur pada Allah kerana dikurniakan segala kurniaanNya pada Cik Aya. Hargai lah masa anda bersama yang tersayang. Senangkan lah hati mereka selagi kita mampu. 

Semakin hari semakin sayang. :)


December 12, 2010

Letakkan diri kita di tempat orang supaya kita dapat memahami orang sekeliling. Jangan hanya pentingkan diri dan perasaan sendiri. 


Fahami orang lain untuk orang fahami kita.